KOPERASI SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR BERHAD
Sejarah Penubuhan Koperasi
Pada awal penubuhan Koperasi Sekolah Sukan Bandar Penawar Berhad pada tahun 1998 dengan nama Kedai Buku Sekolah. Pada tahun 2005, secara rasminya ditukar nama dengan Koperasi Sekolah Sukan Bandar Penawar Berhad mula beroperasi dengan ahli seramai 105 orang anggota. Bermula dengan penubuhan jawatankuasa khas yang terdiri daripada beberapa orang guru dan usaha Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Mohd Said, Tuan Haji Jaafar Bin Hassan, Mohd Yunan bin Awang Ngah, Mansor bin Basiron, Aswad Haykal bin Hj.Mohd. Isa dan Saadon bin Saman telah mengambil inisiatif mengurus keperluan utama pelajar. Keperluan utama adalah sepeti buku tulis dan kertas ujian.
Pihak pentadbir menetapkan sebuah bilik khas untuk dijadikan kedai koperasi bagi memudahkan segala urusan pembelian dan jualan alat tulis dan keperluan pelajar. Koperasi beroperasi setiap hari dengan menjual alat tulis dan buku tulis sahaja. Operasi koperasi diperluaskan dengan menjual kertas ujian seperti kertas kajang,, kertas graf, baju T-shirt untuk latihan dan sekolah, buku nilam, buku laporan dan fail peka.
Koperasi kini dalam usaha memperbesarkan kedainya supaya urusan perniagaan lebih besar dan selesa. Semua ALK mengambil inisiatif masing-masing untuk menceriakan kedai dan menjadikan kedai koperasi lebih mantap dan maju. Kini, perniagaan koperasi bertambah selain membekal keperluan pelajar, perniagaan ais-krim, segala keropok dan kerepek juga menunjukkan insiatif ALK. Koperasi turut membekalkan semua keperluan warga sekolah seperti percetakan dan penerbitan, baner , signboard dan semua pembelian buku rujukan,buku kerja dan pelbagai cenderahati.
Untuk memantapkan lagi ilmu keushawanan dan pengalaman, Ahli Lembaga Koperasi telah membuat keputusan bijak dengan menyertai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada 13 Julai 2008. Semua ALK telah berpeluang berkursus dan mendapat manfaat lain seperti Progam SEKKOP 1,2,3 yang dapat memudahkan lagi pengurusan koperasi.
Koperasi juga telah menyertai Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) bermula pertengahan tahun 2009.
Latar belakang penubuhan dan senarai ALK dari 2004 – 2011.
Proses penubuhan : 13 Febuari 2004 - Mesyuarat Awal Penubuhan
April 2004 - Mesyuarat AJK Koperasi
Pegawai penyelia : Encik Mohd. Abd. Hamid bin Hashim
Pegawai pembangunan Koperasi Daerah KotaTingg i
2005 - Ditubuhkan secara rasmi dan didaftar di bawah JabatanPembangunan Koperasi Malaysia.
Ahli Lembaga Koperasi Pertama dibentuk selepas penubuhan seperti berikut:
Pengerusi : Hj. Jamaluddin bin Hj. Mohd. Said
Naib Pengerusi : Saadon bin Saman
Setiausaha : Hj. Jaafar bin Hj. Hassan
Bendahari : Mohd Yunan bin Awang Ngah
Pengurus Stok : Aswad Haykal bin Hj.Mohd. Isa
Pengurus Jualan : Hj. Jaafar bin Hj. Hassan
Pengurus Projek : Mansor bin Basiron